Laman Utama
Mengenai Kami
Produk
Berita Terbaru
Hubungi Kami

Laman Utama Mengenai Kami

Profil dan Visi Syarikat

Produksi fruktosa mengubah tabiat biasa orang menggunakan gula

i-Con Food Enterprise Sdn Bhd merupakan anak syarikat Taiwan Fructose (M) Sdn Bhd. Syarikat kami khususnya bergiat dalam menguruskan pengeluaran, pembungkusan dan pemasaran fruktosa dan isomalto-oligosaccharides (imo-OILGO). Selain itu, i-Con Food Enteprrise Sdn Bhd juda brecadang dan sedang cergas menjalankan penyelidikan yang berterusan untuk memasarkan minuman kesihatan segera dalam masa yang terdekat.

Di negara-negara maju, fruktosa digunakan secara meluas dalam industri pemprosesan makanan/minuman serta penyediaan makanan harian. Fruktosa telah diterima dan diakui sebagai sejenis gula alternatif terbaik berbanding dengan gula pasir. Walaubagaimanapun, di Malaysia, kajian mnunjukkan bahawa masyarakat tempatan masih banyak bergantung kepada gula pasir sebagai pemanis makanan utama. Penggunaan gula pasir yang amat berlebihan ini telah menyebabkan kadar penyakit diabetik di Malaysia mencapai tahap yang sangat membimbangkan. Pada masa akan datang, ini pastinya akan meletakkan beban yang ketara keatas bajet kesihatan negara.

Taiwan Fructose (M) Sdn Bhd mempunyai pengalaman melebih 25 tahun dalam industri pemprosesan gula. Produk-produk kami telah mendapat sambutan baik di seluruh Asia selama ini. Pada tahun 2006, Taiwan Fructose (M) Sdn Bhd telah melabur RM70 juta di Malaysia dan, dengan cepat dan jayanya, membawa masuk kepakaran bioteknologi dari Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Taiwan untuk mendirikan kilang pemprosesan di Sungkai, Perak. Dengan usaha pengeluaran pemanis alternatif ini di Malaysia, kami berharap untuk memenuhi kehendak dan seterusnya membekalkan industri pemakanan tempatan, termasuk kilang pengeluaran miniman, kedai-kedai kopi, restoran dll. Ini akan membolehkan industri-industri tersebut mengambil segala hasil kebaikan daripada penggunaan fruktosa dan menggantikan gula pasir dengan fruktosa.

Produk-produk kami boleh didapati di kebanyakn kedai hasil makanan organik, farmasi, kedai ubat Cina dan pasaraya/supermarket di seluruh Malaysia, dalam bungkusan keluarga mahupun bungkusan serbaneka. Memandangkan fakta yang jelas bahawa fruktosa adalah jauh lebih baik berbanding dengan gula pasir, besarlah harapan kami agar lebih ramai rakyat Malaysia bijak memilih untuk menikmati kelebihannya, justeru menikmati kemanisan asli dan kesempurnaan kesihatan yang berterusan dan bertahap tinggi.

Visi kami untuk masa akan datang ialah suatu visi yang jelas dan berpandang jauh ke depan. Ianya berdasarkan keyakinan kami bahawa rakyat Malaysia akan melihat dan menikmati segala kelebihan yang diperolehi dengan menggunakan produk-produk fruktosa kami, sambil mengambil langkah-langkah proaktif ke arah tersebut. Kami yakin, dengan berbuat demikian, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, kadar penyakit diabetik dapat dikurangkan. Dengan pengurangan kadar tersebut, masyarakat Malaysia jelas akan menikmati kehidupan yang lebih sihat serta produktif. Pada masa yang sama, beban ke atas perbelanjaan kesihatan negara akan dapat dikurangkan. Kami menjemput rakyat Malaysia untuk berkongsi bersama di dalam visi kami ini.