Laman Utama
Mengenai Kami
Produk
Berita Terbaru
Hubungi Kami

Produk FRUCTOSE


Fruktosa ialah sejenis monosakarida seperti glukosa dan banyak terkandung dalam buah-buahan. Oleh sebab ia sejenis karbohidrat ringkas, fruktosa mudah diserap terus ke dalam sistem pengaliran darah kita. Walaupun ia mempunyai kemanisan yang tinggi, fruktosa tidak menyebabkan peningkatan paras gula darah yang mendadak dan juga tidak menyebabkan kerosakan gigi, berbeza dengan gula biasa. Dengan kemanisan relatif yang tinggi, anda hanya perlu menggunakan 50-60% sukatan fruktosa berbanding dengan gula biasa untuk menikmati rasa kemanisan yang sama. Kelebihan fruktosa iaitu nisbah kemanisan yang tinggi dan nilai kalori yang rendah dapat mengurangkan beban kalori badan kita. Penggunaan i-con fruktosa sebagai pengganti gula dalam diet seharian, kanak-kanak dapat mengurangkan masalah kegemukan dan seterusnya risiko diabetes.

Pemanis i-con F90 yang dihasilkan dari kanji asli mempunyai komposisi yang hampir serupa dengan madu lebah asli. Ianya lutsinar, tidak berwarna dan memberi rasa kemanisan semulajadi buah-buahan tanpa rasa jelak gula pasir. i-con F90 adalah 1.7 kali lebih manis jika berbanding dengan gula pasir. Pemanis asli ini amat sesuai ditambahkan dalam minuman sejuk untuk meningkatkan lagi keenakannya.


Kelebihan i-con F90 : i-con F90 disediakan dalam bentuk sirap, mudah larut dan senang digunakan. i-con F90 mudah dicernakan dan diserap, tidak merangsangkan pengeluaran insulin dan tidak mudah menyebabkan kerosakan gigi atau menambahkan berat badan. i-con F90 merupakan pemanis berkalori rendah yang sesuai untuk makanan dan minuman, demi kesihatan yang lebih baik.

Produk : Sirap Fruktosa Pekat
Sumber asal: Kanji asli
Komposisi : 90%±5% fruktosa、5%±2% glukosa、5%±2% polisakarida lain
Cadangan Penggunaan : Ikut citarasa individu.
Cara Penyimpanan :
Tidak perlu disejukbekukan. Simpan di tempat yang kering dan dingin. Jauhi dari cahaya matahari. Boleh disimpan selama 2 tahun. Warnanya mungkin berubah tetapi mutunya tetap terjamin.
Produk ini merupakan pemanis asli yang tidak mengandungi
bahan pengawet, pewarna atau penambah tiruan.


Back to Top