Laman Utama
Mengenai Kami
Produk
Berita Terbaru
Hubungi Kami

Produk imo-OLIGO


Iso-malto-oligosakarida (IMO) dihasilkan daripada kanji asli melalui kaedah bioteknologi yang membentuk ikatan a-glucosidal. IMO kini diterima ramai sebagai sumber gula yang baru. IMO membantu sistem pencernaan kita dengan menggalakkan pertumbuhan bifidobakteria, sejenis bakteria yang berfaedah. Koloni-koloni bifidobakteria dapat mengawal pH dalam usus dan menghindarkan pertumbuhan bakteria perosak yang mengeluarkan toksin yang berbahaya. IMO dengan rasa kemanisan asli dan kalori yang rendah, merupakan gula gantian terbaik untuk badan kita.

1. Aktiviti antikanser

Asid laktik dan asid asetik dari metabolisma bifidobakteria melancarkan proses peristalsis usus besar dan mengelakkan sembelit. Menghindarkan pertumbuhan bakteria perosak yang mengeluarkan toksin seperti ammonia, hidrogen sulphida dan benzena yang mungkin menyebabkan kanser jika dibiarkan berkumpul dalam darah, hati dan buah pinggan kita. Oleh itu, penggunaan IMO boleh membantu mengurangkan risiko kanser yang disebabkan oleh faktor-faktor ini.

2. Merendahkan paras kolesterol darah

Bifidobakteria dapat mengawal sintesis dan mempercepatkan metabolisma kolesterol, lalu merendahkan paras kolesterol dalam darah.

3. Sumber vitamin
Kajian telah menunjukkan bahawa bifidobakteria sendiri menghasilkan vitamin B1, B2, B6, B12 dan asid nikotinik. Ini dapat menampung pengambilan vitamin harian kita.

4. Gula berkalori rendah
IMO tidak dicerna oleh air liur, jus usus atau jus perut. Oleh itu, ia tidak diubah menjadi tenaga haba tetapi menjadi satu substrat yang amat sesuai untuk bifidobakteria. IMO adalah sejenis pemanis berkalori rendah yang selamat digunakan dan membantu kesihatan kita.

5. Tidak menyebabkan kerosakan gigi
Oleh sebab IMO tidak dioksidakan oleh enzim dalam mulut, maka ia tidak menyebabkan kerosakan gigi.

Produk : Isomalto-oligo-sakarida
Sumber asal: Kanji asli
Komposisi : IMO 55%±2%、glukosa、maltosa dan monosakarida lain
Cadangan Penggunaan : Dewasa 12-36gram sehari; kanak-kanak 5-12gram sehari.
Cara Penyimpanan :
Tidak perlu disejukbekukan. Simpan di tempat yang kering dan dingin. Jauhi dari cahaya matahari. Boleh disimpan selama 2 tahun. Warnanya mungkin berubah tetapi mutunya sentiasa terjamin.
Nota :
Produk ini adalah makanan supplement, sila makan mengikut cadangan penggunaan untuk memastikan kesan optimum.
Jika anda mengalami masalah kembung perut atau lain-lain kesan gastro-usus, sila kurangkan pemakanan IMO kepda separuh tahap yang dicadangkan dan tambah penggunaan secara berperingkat untul memudahkan badan menyesuaikan diri.
Produk ini merupakan pemanis asli yang tidak mengandungi
bahan pengawet, pewarna atau penambah tiruan.


Back to Top